1.1 LATAR BELAKANG Tenaga suria bukanlah merupakan suatu tenaga altenatif yang baru malahan penggunaannya telah bermula semenjak tahun 1958. Tenaga suria adalah tenaga yang dihasilkan oleh cahaya matahari yang boleh ditukarkan menjadi tenaga haba atau elektrik. Proses penukaran tenaga ini bukan sahaja bebas dari pencemaran, bahkan boleh didapati secara percuma dan berterusan. Ini memandangkan jumlah tenaga suria pada planet bumi adalah sebesar 170 triliun kW. Dari jumlah ini sebanyak 30% dipantulkan ke ruang angkasa, 47% ditukar menjadi haba pada suhu rendah dan dipancarkan lagi ke ruang angkasa dan 23% adalah untuk tenaga peresapan atau penguapan pada kisaran alam tumbuhan. Kurang dari 5 % ditampilkan dalam bentuk tenaga kinetik daripada angin dan gelombang dan juga pada penguapan photosintesis dari tanaman. Berdasarkan kepada jadual 1.1, dapat dilihat bahawa penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui untuk jenis penukaran haba suria lebih tinggi pertumbuhannya jika dibandingkan dengan jenis penukaran tenaga yang lain. Ternyata juga bahawa penggunaan tenaga baik secara langsung ataupun tak langsung dari tahun 2000 hingga ke tahun 2030 diperkirakan terjadi kenaikan 4 kali dari penggunaan tahun 2000, atau kenaikan purata 10% hingga 25 % jika dibandingkan dengan penukaran tenaga diperbaharui lainnya hanya 5 % setiap tahun. |
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Jadual l.l : Penggunaan teknologi tenaga suria |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sistem
fotovolta (PV) adalah suatu sistem penjanaan elektrik boleh diperbaharui
yang berpunca dari sinar matahari. Sistem ini terdiri dari modul PV, pengatur
voltan, bateri dan penyongsang. Modul merupakan kumpulan dari sejumlah
sel suria yang menukarkan sinar matahari menjadi kuasa elektrik arus terus
(DC). Manakala pengatur voltan berfungsi untuk mengawal tenaga yang dihasilkan
oleh modul agar boleh disimpan dalam bateri. Penyongsang berfungsi untuk
merubah arus terus (DC) ke arus ulang alik (AC). |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||