4. 4 Jenis-jenis Bateri

 

4.4.1 Asid Plumbum


Rajah 4.5

Bagi bateri yang biasa, elektrodnya adalah barisan plumbum berkilat yang mengandungi plumbum oksida di mana kandungannya boleh berubah semasa pengecasan atau penyahcasan. Elektrolit adalah asid sulfurik cair. Plumbum bateri yang tulen (Plumbum-plumbum oksida) mempunyai jangka hidup yang panjang (25 tahun atau lebih), dengan kadar arus kapasiti nyahcas yang tinggi. Bateri asid plumbum masih adalah 99% pilihan sebagai bateri PV dan sistem kuasa simpanan.

 

4.4.2 Antimoni Plumbum
Antimoni plumbum direka untuk mentolerasi nyahcas dalam dan mempunyai kapasiti pengecasan dan penyahcasan yang sangat baik. Ia mempunyai kadar penyahcasan sendiri yang lebih tinggi berbanding dengan kebanyakan jenis bateri yang lain. Kelemahan bateri ini adalah ia menghasilkan wap air melalui penggasan elektolit semasa proses mengecas. Jika bateri ini digunakan untuk beben berat, air yang hilang perlu sentiasa ditambah setiap tiga bulan. Maka, penyenggaraan sistem ditingkatkan.


4.4.3 Kalsium Plumbum
Bateri dengan nyahcas sendiri yang rendah ini mempunyai kitar kapasiti yang baik, tetapi mempunyai had nyahcas dalam yang boleh ditahan olehnya. Ia sesuai digunakan dalam aplikasi penyahcasan yang cetek. Namun begitu, bateri kalsium plumbum memerlukan penyenggaraan yang lebih rendah. Pada masa kini, sesetengah bateri kalsium plumbum direka sebagai bateri tertutup dan bebas penyenggaraan, yang bermaksud ia tidak diperlukan untuk menambah air.

 

4.4.4 Antimoni/kalsium Plumbum
Bateri ini menggabungkan ciri-ciri bateri antimoni plumbum dan kalsium Plumbum. Ia mempunyai kitar hidup yang panjang (mencapai 3500 pengecasan/penyahcasan kitar dan lebih) dan membenarkan penyahcasan mendalam tanpa memerlukan penyenggaraan yang banyak jika dibandingkan dengan bateri antimoni plumbum. Namun, ia adalah salah satu jenis bateri yang paling mahal dalam pasaran.

 

4.4.5 Ni-cad (Nikel kadmium)

Bateri Ni-cad

Rajah 4.6

Ia merupakan bateri simpanan alkali di mana bahan aktif positif adalah nikel oksida dan bahan aktif negatif mengandungi kadmium. Kelemahannya ialah kecekapan yang rendah (65-80%) dan lengkuk voltan dan pengecasannya yang tidak piawai boleh menyebabkannya sukar untuk digunakan dalam sesetengah peralatan, seperti penyongsang piawai and alat pengecas bateri.

 

Ni-Fe (Nikel Ferum)
Merupakan sel elektrik berjenis alkali yang menggunakan kalium hidroksida sebagai elektrolit. Anod adalah diperbuat daripada bahan wool besi dengan bahan besi aktif, sementara katod diperbuat daripada bahan wool besi berplat nikel demgam bahan aktif nikel. Kelemahannya adalah seperti berikut:


- Penggasan yang tinggi / Penggunaan air yang tinggi
- Rintangan dalaman yang tinggi - bermakna kita boleh mendapat kejatuhan voltan yang tinggi melintangi sel siri.
- Jisim / isipadu yang besar

 
Hubungi Solar Fast Track!
 
Google