Fotovolta (PV)
Sistem Fotovolta dalam Alam Bina
Namun pengurangkan kos adalah diperlukan. Kemajuan ekonomi bagi sistem PV berlaku bukan hanya setakat meningkatkan kecekapan sel solar. Sistem PV boleh dipasang kepada semua jenis permukaan bangunan, sepanjang jalan raya atau landasan keretapi, memberikannya berpeluang untuk menggabungkan pengeluaran tenaga dengan fungsi bangunan yang lain, seperti teduhan matahari dan perlindungan daripada cuaca. BiPV telah menjadi elemen pelbagai fungsi. Ia menjadi sebahagian daripada kulit bangunan, di mana beberapa kelebihan dapat diperolehi termasuklah penghasilan tenaga(kWj), pengurusan permintaan tenaga , kuasa untuk kegunaan kecemasan (dengan simpanan tenaga yang cukup) dan juga sebagai elemen seni bina (penggantian untuk bahan pembinaan yang tersedia di pasaran dan juga elemen merekacipta). Penjimatan kos melalui penggabungan fungsi ini adalah penting. Contohnya dalam sistem muka bangunan (facade systems) di mana kos penyalutan (cladding cost) boleh setara dengan kos modul PV. Tambahan lagi, tiada lebihan tanah yang diperlukan kerana modul dipasang pada dinding bangunan dan menjana elektrik di tempat ia dipasang. Ini boleh mengelakkan kehilangan kos penghantaran dan pengedaran lalu mengurangkan kapital dan kos penyenggaraan syarikat. Penggabungan sistem PV dengan seni bina bangunan menawarkan lebih banyak faedah jika dibandingkan dengan kos. Ia juga membenarkan pereka untuk membentuk bangunan yang mempunyai suasana yang nyaman dan cekap tenaga tanpa mengorbakan keselesaan, estetik atau ekonomi. Banyak negara (seperti Jerman, Jepun, Netherlands, Switzerland, USA) telah menawarkan pasaran yang luas kepada sistem BiPV, walaupun tenaga elektrik dari sel solar masih lebih mahal daripada kuasa grid. BiPV dipasang untuk sebab-sebab kecekapan tenaga, ekologi estetik dan prestij. Sementara itu, utiliti elektrik melihat BiPV sebagai satu sumber kuasa yang dipusatkan dengan berpotensi yang besar pada masa hadapan. Untuk menjayakan perjalanan
dalam pasaran, beberapa langkah yang konservatif diperlukan iaitu: • Pengurang kos dan pembangunan yang lebih lanjut lari segi ekonomi bagi BiPV. • Pembangunan kualiti teknikal dan seni bina bagi BiPV Jika sistem PV menjadi teknologi yang diterima ramai dalam bidang seni bina, industri bangunan dan pemilik harta bina, BiPV harus mematuhi kualiti piawai bangunan yang biasa. Pemilik bangunan harus yakin kepada prestasi sistem PV, sebagai penjana elektrik dan bahan pembinaan. Perjanjian jangka panjang pada sambungan grid (termasuk bayaran balik tariff) diperlukan dengan pembekal tenaga. Pada lima tahun yang lepas, aplikasi BiPV menunjukkan pertumbuhan kira-kira 30% setahun. BiPV adalah satu teknologi dengan perspektif pasaran yang tinggi dan perdagangan hari ini bernilai lebig daripada RM 10 Billion setahun di seluruh dunia.
|
||||